Kuala Lumpur: Perbuatan zalim selepas satu lagi video penderaan bayi tersebar di laman sosial Facebook (FB) apabila seorang wanita didapati menyumbat makanan ke mulut bayi .
Video 1 minit 36 saat itu yg dimuat naik jam 6petang kelmarin mengundang kemarahan pengguna laman sosial FB apabila ia dianggap tidak munasabah .
Pemerhatian wartawan mendapati bayi terbabit disuap secara paksa oleh wanita itu sehingga menangis .
Walaupun bayi itu menangis kuat kerana makanan yg disuap memenuhi mulutnya, namun wanita terbabit tetap terus menyumbat bubur nasi itu tanpa henti .
Lebih menyedihkan apabila wanita terbabit dilihat menggoncang kepala bayi terbabit menggunakan paha .
Wanita itu tanpa simpati memaksa bayi itu menelan makanan disuapkan tanpa menghiraukan tangisan kuat mangsa .
Pelbagai komen negatif diluahkan pengguna laman sosial yang marah terhadap tindakan wanita terbabit selain mahu pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut .