MENERUSI Facebook Sarawak Update, seorang lelaki yg dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap pilih kasih sebuah hospital wasta dalam menerima pesakit .
Menurutnya, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu yg melibatkan tiga beranak. Dalam keadaan cemas, dia segera pergi ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi memaklumkan kejadian itu dengan harapan mereka akan menerima ketiga-tiga mangsa sebagai pesakit .
Malangnya jururawat yg bertugas menolak permohonannya dan memberitahu mereka bimbang tiada siapa yg akan bertanggungjawab untuk membayar bil rawatan para mangsa .
Tambahnya lagi, hospital kerajaanlah yg sepatutnya bertanggungjawab untuk kes itu .
Justeru, Thomas mengecam sikap pihak hospital tersebut yg dianggap lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab untuk menyelamatkan pesakit .