Sedap rasanya ikan terubuk ini . .jika anda ingin merasa cubalah resepi ini dibawah .
Selamat mencuba !
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan terubuk - dibersihkan
Garam
Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMBUAT :
Ptng ikan mnjdi dua serta digaul garam kunyit .
Panaskan grill pan atau kuali leper serta masukkan mnyk secukupnya dlm 2-3 sudu besar mnyk msk spya ikan tdk melekat pada pemukaan kuali .
Guna api sederhana besar supaya ikan masak dengan sekata .
Buka tutup periuk dan terbalikkan ikan.
Jika sudah masak , ikan bolehlah diangkat .
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN :
4-5 Cili merah ( Boleh dicampur cili api jka anda suka pedas )
1 biji bawang besar
Sedikit Air asam jawa
Sedikit belacan bakar
Kerisik secukupnya
Garam dan Gula
CARA MEMBUAT :
Cili merah dipotong nipis-nipis kemudian masukkan dalam mangkuk .
Bawang merah dimayang nipis , masukkan ke dalam bekas berisi cili merah .
Masukkan kerisik dan belacan secukup rasa ke dalam mangkuk tadi .
Ramas asam jawa dengan air masak secukupnya dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk .
Kemudian masukkan gula , garam dan gaul semua bahan sehingga sebati .
Smga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda . . .
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini . Happy blogging .
Kredit-mingguanwanita