KISAH SEORANG WANITA KETIKA MANDIKAN MAYAT PELACUR , terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaKi dan tidak pernah menolak ajakan lelaKi (pelacur) . Tiba pada hari kematiannya , ketika mayatnya dimandikan oleh seorg wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu .
Semua penduduk dan ulama ’ gempar akan hal itu . Mana tidaknya , tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua org di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit .
Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untk menyelesaikan masalah itu . Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untk dijalankan .
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam dan kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus .
Oleh krna kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai , salah seorg dari mereka , mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik .
Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu :
“ Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya ” ?
Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah .
Selepas diasak dgn berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :
“ Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati ” .
Imam Malik berkata : “ Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 org saksi . Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi ? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi .”
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman , bila tiba sebatan yg ke 80 , maka dgn kuasa Allah SWT , terlepaslah tangannya dari mayat tersebut .
PENGAJARAN :
Jaga lidah jgn sebarkan fitnah . Jgn bersangka buruk dgn kuasa Allah Taala . Kalau kita tahu dia itu seorg pelacur sekalipun , tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina . Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar . Kerana itu ingatlah , apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dlm masyarakat , negeri atau negara , yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya , walaupun peristiwa berlaku . Berhati-hatilah semua dan jgn terjerat dengan jarum-jarum kejahatan .