PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meminta ibu-bapa agar melakukan pemantauan terhadap anak-anak mereka ketika melayari Internet termasuklah laman sosial untuk mengelak mereka menjadi biadab .
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, perkara tersebut bakal mendedahkan kanak-kanak untuk menulis secara terbuka dengan komen yg biadap dan berunsur lucah .
"Saya juga mempunyai seorang anak, jangan biarkan teknologi moden membuatkan mereka menjadi biadap. Terlalu awal untuk mereka menerima benda-benda sebegini . Di Instagram banyak benda-benda lain juga, gambar lucah pun banyak .
"Kalau orang dewasa yang komen begitu, saya akan block sahaja. Tetapi ini kanak-kanak yg sangat mengecewakan saya," ujarnya seperti ditulis di laman Instagram miliknya pada pagi Selasa .
Nora berkata demikian kerana sering menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak di laman sosial instagram miliknya tanpa perasaan malu .
Dia yang mempunyai 1.7 juta pengikut di laman Instgram menganggap tindakannya untuk menegur perkara itu adalah sebagai satu tanggungjawab dan keperihatinan terhadap masalah tersebut .
"Setiap hari saya menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak . Jika instagram ini membuatkan mereka biadap janganlah beri mereka telefon.
"Anda mungkin tidak sedar kerana bukan anda yg menerima komen setiap hari dengan banyak," ujarnya .