Susulan daripada berita yg dilaporkan semalam mengenai bayi yg dicampak dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari seorang gadis telah ditahan oleh pihak polis diatas perbuatan kejam tersebut untuk siasatan lanjut .
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30pagi semalam .
“Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata beliau ketika dihubungiKosmo! .
Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yg cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala .
“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” kata beliau .
Arjunaidi memberitahu, suspek yg berusia 20tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya .
Difahamkan bayi yg cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yg bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung .
Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yg dihadapi suspek wanita itu .
Suspek yg memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret .
Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya .
Polis yg memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yg kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu .
Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi
Pautan pantas selain informasi kes buang bayi dari tingkat 3 flat : gadis kilang direman .
KEJAM ?
: buang bayi dari tingkat 3 flat .
: wanita mati jatuh dari tingkat 6 berjaya times square .
: pelajar ipts di terengganu buang bayi dalam mangkuk tandas .
: kes bunuh tiga beradik di kedah remaja 16 tahun direman .
: isu bihun cap masjid dihasilkan di kilang kotor dan jijik disiasat .