KAJANG: #Seorang lelaki yang ada hubungan saudara dengan bekas ketua pemuda MIC Hulu Langat cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan antara kumpulan dekat sebuah lampu isyarat di Jalan Reko di sini pada Isnin.
Dalam insiden tersebut , abang soya difahamkan dua lelaki yang menunggang motosikal menghampiri kereta jenis Honda Accord milik mangsa kira-kira pukul 12.50 tengah hari dan melepaskan enam tembakan ke arahnya.
Mangsa berusia awal 30-an dihantar oleh ahli keluarganya ke sebuah hospital berdekatan.
Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abdul Samah Mat , mengesahkan insiden tersebut.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan kumpulan yang terlibat dalam insiden tembakan tersebut.