PETALING JAYA : *Tayangan amal filem Isyarat Cinta anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang diadakan di Cathay Cineplex malam Rabu berjaya mengumpul RM100,000.
*Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, kutipan itu untuk mengisi tabung persatuan dan juga disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur selain bantuan kepada rumah tahfiz terpilih.
*Alhamdulillah biarpun projek ini dirancang dalam masa singkat namun berjaya mencapai sasaran menerusi hasil jualan amal dan jualan tiket VIP untuk menonton Isyarat Cinta.
*Biarpun keadaan banjir di negeri Pantai Timur sudah reda namun masih ramai yang masih menginap di khemah dan penempatan sementara dan memerlukan bantuan.
*Diharap dengan kutipan menerusi majlis amal ini akan dapat meringankan beban mangsa banjir dan ucapan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan menyokong usaha ini," katanya kepada mStar Online.
*Tengku Khalidah ditemui pada majlis tayangan amal Isyarat Cinta yang diadakan di Cathay Cineplex si sini, malam Rabu.
*Tayangan amal ini turut mendapat kerjasama daripada RK Screen Sdn Bhd.
*Filem arahan Bade Azmi itu menampilkan lakonan mantap daripada Liyana Jasmay, Fizo Omar dan Adi Putra.
*Ia akan menemui penonton di seluruh negara bermula 19 Mac ini.
*Dalam pada itu, Tengku Khalidah berkata, usaha WHAM dalam menjalankan aktiviti tidak akan terhenti setakat itu sahaja dan akan meneruskan dengan pelbagai agenda lain.
*Jelasnya lagi, biarpun semua ahli jawatankuasa sibuk dengan aktiviti masing-masing namun dengan semangat mahu membangunkan aktiviti persatuan semua pihak sedia bekerjasama.
*Saya harap WHAM akan terus kukuh selepas ini dan sama-sama membangunkan industri hiburan. Media dan penggiat seni industri harus berjalan seiring dan terus bantu membantu mengikut kemampuan masing-masing," katanya.
*Isyarat Cinta menceritakan kisah cinta antara Iskandar (Adi Putra) iaitu orang kelainan upaya cacat pendengaran dan Dhia (Liyana Jasmay) yang buta.
*Tiga pelakon ini menampilkan sebuah lakonan berbeza dalam Isyarat Cinta.
*Mereka bertemu ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan jalan raya sehingga membibitkan rasa cinta masing-masing.
*Hubungan mereka dijalinkan melalui orang tengah iaitu Ariel (Fizo Omar) apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia.
.
*Namun dalam masa yang sama Ariel pula mempunyai perasaan terhadap wanita itu .. . . .