Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini
sebenarnya sukar diterima olh akal manusia yg sempurna. Lebih menyedihkan
kerana angka yg tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melyu. Terdpt
beberapa faktor-faktor yg menyebabkan berlaku masalah ini.
Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di
kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tdk dpt dinafikan bahwa kesedaran
agma dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetpi ia tdk
menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda
terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.
Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dgn gambar-gambar lucah
dan menggairahkan yg mudah didapati dlm media elektronik dan bahan-bahan
cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dlm melakukan gejala
tidak sihat ini. Selain itu, ada yg mengatakan malu menjdi faktor utama dan
biasanya kerana hasil hubungan yg tdk sah. Jadi mereka malu pada masyarakat.
Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada
batasnya.
Seterusnya, adat-adat yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan
bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan
perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat
menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yg terlalu ghairah, tidak
dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar
nikah.Tdk ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah
terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adlah salah satu
jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yg banyak berlaku dalam
masyarakat. Hal ini dpt dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini
dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yg datang dari kampung. Ibu
bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus
memperuntukkan waktu bersama anak- anak.
Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah
pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, beliau tdk menafikan gejala sosial yg kedengaran hari ini adlah
antara tanda-tanda yg menunjukkan masyarakat Islam sdah mula tdk mengambil
berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.
Umat Islam mungkin pda saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar
kebendaan hingga merka lupa akn tanggungjawab sebenar dalam membina satu
keluarga yang bahagia. Remaja yg kurang kasih saying ini akan cuba mencari org
lain dan akhirnya terjebak dgn masalah ini.
Selain daripada itu juga,faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku maslah pembuangan bayi ini
ialah masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor org yg
melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Merka yg
terjerumus ini menganggap diri merka tdk diterima ahli masyarakat lagi. Kerna
itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan. Kerna itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan org Islam sendiri.
Ini kerna org yg telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetpi tdk
berani untuk mendekati org di masjid untk meminta pertolongan. Jadi maslah tdk akn berakhir jika semua ahli masyarakat mempunyai pemikiran seperti ini. Oleh itu, anak-anak remaja perlulah dikawal tingkah laku merka supya gejala membuang bayi tdk lagi berlarutan di masa hadapan.